BOTOK-BOTOK
Botok- botok sejenis makanan tradisi orang Johor. Seperti juga telur pindang yang hanya boleh disediakan dengan baik oleh orang lama di Johor sahaja. Ianya berbungkus didalam daun pisang dan apabila dibuka kita akan dapati beberapa potong ikan yang diselaputi dengan banyak rempah ratus. Ikan yang selalu digunakan untuk masakan ini ialah ikan tenggiri atau ikan merah. Rempahnya yang istimewa khabarnya terdiri dari berbagai herba termasuk beberapa jenis daun pokok bunga puding.
CENCALOK
Masyarakat Melayu di Melaka memang terkenal dengan pelbagai makanan tradisionalnya, yang memang cukup popular, bukan sahaja di tempat asalnya, malahan sudah melangkaui sempadan Malaysia. Selera Melaka sudah menjadi santapan lazim masyarakat Malaysia. Salah satu makanan yang menjadi kegemaran masyarakat Melayu Melaka ialah cencalok. Cencalok ialah sejenis lauk dalam hidangan makanan nasi. Cencaluk dibuat daripada udang halus yang lebih dikenali sebagai udang geragau. Udang geragau akan dicampurkan dengan air dan akan dicampurkan dengan sedikit nasi. Setelah ketiga-tiga bahan tadi sudah menjadi sebati, seterusnya akan dimasukkan ke dalam sebuah bekas iaitu pasu atau tempayan kecil dan ditutup rapat-rapat dengan menggunakan kain bersih untuk diperam dan disimpan selama 3 hari. Untuk menyedapkan rasanya lagi bolehlah dimasukkan sedikit air didih nasi. Untuk menyedapkan lagi apabila dimakan dengan nasi, hendaklah dicampurkan dengan lada basah dan bawang besar yang dihiris kemudian diperahkan dengan limau nipis atau limau kasturi atau juga dicampurkan sedikit lada basah dan sehiris halia kemudian digoreng dengan telur.
DODOL-DODOL
Ia sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis (atau manisan/penganan). Dodol sangat terkenal di Melaka. Membuat dodol boleh dikatakan amat rumit. Ramai orang selalu mencuba untuk membuatnya. Tetapi tidak semua yang akan menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Jarang sekali generasi muda mahir membuat dodol.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa, tepung beras, gula pasir, gula melaka dan garam.Untuk membuatnya, bahan-bahan tersebut hendaklah dicampurkan bersama di dalam kuali yang besar atau dikenali sebagai kawah dan dimasak dengan api yang sederhana besar. Dodol yang dimasak tidak boleh dibiarkan kerana jika dibiarkan, dodol akan hangus atau hangit di bahagian bawahnya/kerak. Oleh itu, dodol hendaklah sentiasa dikacau bergilir-gilir untuk mendapatkan hasil yang baik. Dodol yang dimasak memakan masa yang agak lama iaitu lebih kurang 4 jam kerana sekiranya kurang dari 4 jam, dodol yang dimasak tidak sedap dimakan. Setelah 2 jam dodol tadi dimasak, dodol akan bertukar kepada warna coklat yang pekat sedikit. Dodol tersebut akan mendidih dan mengeluarkan gelembung-gelembung udara yang banyak.Seterusnya, dodol hendaklah dikacau supaya gelembung dodol tersebut tidak terkeluar dari kawah sehinggalah dodol tersebut masak dan diangkat.Akhir sekali, dodol tersebut hendaklah disejukkan di dalam periuk yang besar. Untuk mendapatkan hasil yang baik dan rasa yang sedap, dodol mestilah berwarna coklat tua, berkilat dan pekat. Selepas itu, dodol tersebut bolehlah dipotong dan dimakan. Kebiasaannya dodol akan dihidang kepada tetamu pada hari-hari tertentu seperti hari-hari perayaan dan majlis kenduri.

OTAK-OTAK
Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannya dimakan sebagai makanan ringan di jamuan petang. Terdapat dua jenis otak-otak di Malaysia iaitu “Otak-otak Terengganu” dan “Otak-otak Johor.”
Pada lazimnya ia dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah tetapi kini ianya boleh dibungkus dengan kulit popia dan dikenali sebagai ‘spring roll’. Kebiasaan otak-otak diperbuat daripada isi ikan laut. Bagi ikan air tawar yang sesuai untuk dibuat otak-otak ialah ikan tilapia merah, patin dan keli. Otak-otak yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah perlu dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa. Ia lebih enak dimakan ketika masih panas.

No comments:
Post a Comment