Monday 25 September 2017

Alat Muzik Melayu




MUZIK TRADISIONAL MELAYU


KOMPANG

kompang
Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang.Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit Kambing. Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan. Alat muzik ini berasal dari duniaArab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.

REBANA

rebana ubi
Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-lagu budaya. Bagi masyarakatMelayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat popular, terutamanya di kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong dan pelanduk-pelanduk. Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar yang dimainkan pada hari keraian bagi pertandingan menghasilkan bunyi dan irama yang dikenali sebagai Rebana ubi.

 SAPE


Sape merupakan sejenis alat tali dari keluarga Jute yang beleher pendek dan talinya dipetik. Diperbuat daripada jenis kayu lembut lazimnya kayu meranti. badannya yang panjang ditebuk berperanan sebagai ruang gema untuk menghsilkan bunyi. Ianya dimainkan untuk hiburan serta mengiringi tarian. Sape terkenal dikalngan suku kaum Kayan dan Kenyah.

CANANG

canang
Sejenis alat dari keluarga gong yang berukuran kecil. Berperanan sebagai alat penanda masa(time marker) dalam enssembel paluan tradisional yang terdapat di Kelantan. Dalam konteks persembahan yang berhubung dengan teater tradisionalianya disertakan secara berpasangan iaitu canang ‘ibu’ dan ‘anak’. Kini terapt 2 jenis canang yang sering digunakan iaitu diperbuat daripada besi dan gangsa.

GEDOMBAK

Gedombak merupakan gendang dua muka tetapi hanya pada permukaan dasar sahaja yang dipengan dengan kulit. Dalammkonteks persembahan ianya disertakan secara berpasangan iaitu ibu dan anak yang dimainkan oleh du orang pemain seperti dalam persembahan wayang kulit dan menora di kelantan.

GAMBUS

Sejenis alat muzik tradisi dari Timur Tengah. Ia mempunyai 12 tali tangsi. Badannya membujur bulat seakan-akan labu air dengan belakangnya yang melengkung. Lehernya ialah persambungan dari badannya. Ia dipetik sama seperti bermain gitar. Alat muzik ini digunakan dalam permainan Ghazal atau tarian Zapin dan untuk mengiringi nyanyian serta tarian Andai-Andai oleh orang Brunei di Sabah.

















ASAL-USUL Perkataan gamelan berasal daripada bahasa jawa “gamel” yang bererti memukul atau menabuh ,diikuti akhiran ‘an’ yang menjadikannya sebagai kata benda.Sedangkan gamelan mempunyai erti sebagai satu kesatuan alat muzik yang dimainkan bersama.Gamelan muncul pada saat budaya luar dari Hindu-Buddha. Gamelan Pahang diperkenalkan ketika zaman pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah yang digiatkan oleh Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah.Pada tahun 1915,Tengku Ampuan Mariam,anakanda kepada Sultan Ahmad Muadzam Shah mempunyai set gamelan dibawah jagaannya di Pahang dan dibawa ke istana Maziah Terengganu bagi melatih rakyat Terengganu untuk bermain dan menari gamelan. Berbagai lagu dan tarian dicipta seperti Lambang Sari, Geliung, Ketam Renjong, Togok, Gagak Seteru, Lancang Kuning dan sebagainya. JENIS-JENIS GAMELAN 1)Gamelan Jawa 2)Gamelan Bali 3)Gamelan Sunda 4)Gamelan Banyuwangi 5)Gamelan Kromong ALAT-ALAT GAMELAN DI MALAYSIA 1)BONANG Bonang merupakan alat terpenting dalam perhimpunan menvariasikan melodi pokok atau satu melodi pendek yang juga berfungsi sebagai permulaan lagu khususnya untuk penghias lagu. 2)GAMBANG Gambang biasanya dimainkan oleh seorang pemain sahaja.Pemain tersebut memerlukan 2 bilah pengetuk yang diperbuat daripada tanduk kerbau. 3)KENONG Kenong adalah sejenis alat idiofon yang ditemui di selatan Asia Timur. Peranannya adalah untuk mengeluarkan bunyi yang lebih lembut daripada bunyi yang dihasilkan oleh gong. 4)SARON i)Saron Demong Saron demong berperanan sebagai alat membawa melodi pokok dan melodi cincang sebagai bunga-bunga lagu dalam persembahan dan mempunyai oktaf yang terendah dalam keluarga saron. ii)Saron Penerus Pada fizikalnya, bilah-bilah bagi alat saron barung berukuran lebih kecil daripada saron demo dan mampu menghasilkan suara yang lebih nyaring daripada saron demong. Iii)Saron Pekin Teknik perdan yang diamalkan dalam konteks pemakaiannya dan ianya mempunyai oktaf tertinggi dalam keluarga saron serta mampu menghasilkan suara lantang dan nyaring. 5)GONG Gong adalah sejenis alat muzik idofon berasal dari asia timur selatan.Gong berperanan sebagai tulang belakang dalam persembahan muzik gamelan.Gong terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu. 6)GENDANG Gendang adalah alat penting dalam memimpin rentak yang rendah atau tinggi.Gong dianggap alat yang paling sukar untuk dimainkan dan memerlukan kemahiran yang tinggi didalam permainan kerana tidak mudah untuk diberi notasi. Timang burung -552 | 3235 | -356 | 5325 -552 | 3235 | -356 | 5323 -321 | 1231 | 3211 | 56i2 -223 | 6532 | 3211 | 5535

No comments:

Post a Comment