Friday, 30 October 2015

Huh...

Don't act so perfect...and selfish... i just wants to help the others.....but something stopped me...

SAkit ini.

Kemurungan adalah satu gejala yang sering berlaku kepada individu yang menghadapi masalah yang berkaitan dengan perasaan dan jiwa. Kemurungan dianggap sebagai suatu masalah minor dan seringkali tidak dihiraukan.

Namun hakikatnya ia merupakan sebuah penyakit mental yang merbahaya sekiranya ia gagal dikawal dengan sepenuh kewarasan kerana penyakit ini tidak boleh dilihat dengan mata kasar atau pun disentuh. Ia merebak secara dalaman dan bertambah kronik tanpa disedari oleh penanggungnya. Penyakit ini menyerang tanpa mengenal lingkungan usia. Pengidapnya kemungkinan terdiri daripada orang dewasa mahupun kanak-kanak.

Ramai yang beranggapan bahawa ia bersifat sementara dan membiarkannya tanpa menerima apa-apa rawatan. Menurut Dr. Nor Hamidah.”ia adalah sejenis penyakit seluruh tubuh dan emosi kerana memberi kesan terhadap pemikiran, anggota badan, perasaan dan mempengaruhi cara kita berfikir mengenai diri kita sendiri atau hal lain.”

Penyakit kemurungan atau juga dikenali sebagai depression ini terbahagi kepada pelbagai  jenis mengikut tahap dan kecenderungannya.Namun kemurungan yang paling lazim boleh dikenal pasti kepada tiga jenis utama, iaitu;  Major Depression, Mild Depression, dan Manic Depressive Psychosis (Bipolar Affective  Disorder).

Gejala

1. Kesedihan berpanjangan

2. Isomnia (sukar untuk tidur) atau bangun terlalu awal pagi atau terlalu banyak tidur.

3. Hilang minat untuk berseronok atau hobi-hobi yang sebelum ini digemari.

4. Hilang selera makan atau selera makan yang keterlaluan.

5. Bersendirian dan mengurung diri.

6. Hilang konsentrasi.

7. Resah.

8. Mudah marah.

9.Kurang bertenaga dan lesu.

10. Berasa putus asa, mudah mengalah.

11. Berpandangan pesimis.

12. Berasa bersalah.

Gangguan Fizikal

1. Sakit kepala yang berpanjangan.

2. Sistem perkumuhan yang kurang hadam.

3. Sakit yang berpanjangan.

4. Mudah menangis.

5. Ingin bunuh diri.

Punca

1. Sosialisasi keluarga.

2. Faktor genetik.

3. Kehilangan sesuatu yang amat disayangi.

4. Penyakit yang bcrpanjangan.

5. Apa-apa fenomena yang berlaku secara  drastik dalam diri.

6. Rasa rendah diri yang keterlaluan.

7. Masalah yang terlalu berat sehingga dirasakan tidak mampu untuk dipikul.

Rawatan

Diagnosis hanya dapat dilakukan oleh pakar psikiatri mengikut tahap:

1. Penilaian psikiatri.

2. Kesihatan mental.

3. Penelitian simptom.

4. Psikologi.

5. Psikososial.

Rawatan yang bakal diberikan adalah berbeza dari seorang pesakit dengan pesakit yang lain mengikut tahap kemurungan mereka mengikut tahap atau jenis kemurungan yang dialaminya. Ada pesakit yang boleh diberikan ubat sokongan, ada juga yang hanya boleh diberikan   psikoterapi (kaunseling) dan ada juga yang memerlukan gabungan kedua-dua kaedah tersebut. Kaedah psikoterapi membolehkan penyakit mengenali atau menyedari apa yang  sedang dialaminya, mempelajari cara pengurusan krisis, keupayaan menangani penyakit melalui kesedaran sendiri dan terapi kognitif. Malahan kaunseling juga diberikan kepada ahli keluarga dan teman sepejabatnya. Manakala pil anti kemurungan pula akan efektif dalam jangka masa antara dua hingga tiga minggu.

Thursday, 15 October 2015

Pening

KAU mmg mnyshkn aku....tpi kau x prnah nk mnyngkn aku....ak rs ak mcm nk bnh je kau...tpi ak syg kau... mcm mn nk buat eh??